Friday 9 March 2012

CERPEN 3: Kubiarkan waktu mengukir rindu ( daripada buku "25 cerpen 'best' remaja") Penulis: Syarina wirdayu

Kubiarkan waktu mengukir rindu

Cerpen ini menceritakan bahawa kita dapat merancang jodoh pertemuan tetapi Allah yang menentukannya.Watak utama di dalam cerpen ini adalah Masliha. Masliha adalah seorang pekerja di Qamarul Taufik & co. dan kekasih Ikmal. Sambil berkerja di sana, Masliha selalu menghadapi cabaran. Bosnya, Tengku Qamarul selalu memarahinya dan kata-katanya selalu kasar. Kalau tidak kerana Ikmal, sudah lama Masliha berhenti dari Qamarul Taufik & co. itu. Sebelum Masliha berkerja di pejabat ini, dia berkerja di Kedai alat ganti motosikal. Perkenalan mereka bermula bila ikmal menjadi pelanggan tetap di Kedai alat ganti motosikal itu. Pada suatu hari, Ikmal memberitahu Masliha sesuatu perkara yang mengubah hidup Masliha buat selama-lamanya. Ikmal telah memberitahu Masliha bahawa dia akan ke England untuk melanjut pelajarannya. Sudah setahun Ikmal pergi ke England. Ikmal tidak membalas surat-surat Masliha langsung. Ini menyebabkan Masliha bertambah risau dan rindu Ikmal. Semasa berkerja, Tengku Qamarul menyuruh Masliha menyemaskan biliknya.Sambil menyemas bilik Tengku Qamarul, Masliha terperanjat apabila dia ternampak gambar portret Ikmal. Masliha hairan dan menanya Tengku Qamarul. Tengku Qamarul pun menjawab. Tiba-tiba, air mata Masliha mula mengalir. Rupa-rupanya, Ikmal adalah adik Tengku Qamarul dan telah meninggal dunia akibat kanser. Ikmal pergi ke England untuk menjalani pembedahan untuk tumor yang menumpang otaknya bukannya untuk melanjutkan pelajarannya. Sejak hari itu, Tengku Qamarul menjadi lebih baik terhadap Masliha apabila mendapat tahu Masliha adalah kekasih arwah adiknya. Masliha dan Ikmal dijodohkan tapi tidak lama kerana Ikmal pergi dahulu meninggalkan Masliha buat selama-lamanya.Masliha terkilan hanya rindu yang dapat mengubati hatinya.Baginya ikmal adalah segala-galanya, kepergiannya tidak terduga. Masliha harus meneruskan kehidupannya tanpa Ikmal yang disayanginya.Ikmal adalah lelaki pertama dan terakhir.Bagi Masliha tiada orang yang dapat menggantikan tempat Ikmal disisi Masliha. Bagi Masliha, Ikmal adalah penerang bagi kegelapannya,Ikmal adalah cinta abadinya.


Isu: Kita semua mengalami cabaran dalam hidup. Cara kita mengatasi masalah-masalah dalam hidup boleh membawa kesan positif atau negatif bagi diri kita. Misalnya, jika kita tidak mengatasi cabaran dengan cara positif, kita akan sering berasa tertekan, sedih , kecewa, merana dan dukacita. Kita harus meneruskan perjalanan hidup kita secara positif  seperti peribahasa "buang yang keruh, ambil yang jernih." Kita harus banyak bersabar apabila menghadapi apa-apa cabaran dalam hidup.





1 comment: