Wednesday 7 March 2012

CERPEN 2: Kopi O Kopi ais (daripada buku: "25 cepen 'best' remaja") Penulis: Ayarus

Kopi O kopi ais

Cerpen ini  menceritakan tentang dua kawan karib yang berjantina lain, tidak semestinya mereka suka antara sama satu lain atau akan jatuh cinta. Ayat ini daripada cerpen in penuh bermakna,"Berlainan, tapi tetap kopi. Berbeza, tapi sama. Sama-sama suka bergaduh."
Watak utama di dalam cerpen ini adalah Azi. Azi adalah kekasih Azrul. Azrul sudah lama berkawan dengan Sara sejak mereka kecil. Azi terasa tidak selesa atau cemburu sedikit kerana Sara lebih mengenali Azrul lebih lama daripadanya. Tetapi, Azi tetap mahu berkawan dengan Sara kerana Sara seorang yang baik. Azi dan Azrul pula sering bertengkar tentang perkara kecil dan selalu melibatkan Sara. Kadang-kadang,pertengkaran mereka amat lucu.Azi rasa perangai Sara memang sama dengan Azrul. Mereka cuai dan berfikiran ringkas. Sara dan Azrul berminat menonton Anime tetapi Azi tidak suka menonton Anime. Azi lebih suka menonton filem "Harry Potter" daripada Anime. Sejak Azi terdengar Hazlina mengumpat tentangnya, perasaan Azi mula berasa tidak selesa dengan persahabatan Azrul dan Sara. Hazlina memberitahu kawan-kawannya bahawa tidak lama lagi Azrul akan putus cinta dengan Azi kerana Azrul lebih menyayangi Sara. Hazlina juga berkata bahawa disebabkan Azi, Azrul tidak boleh mencintai Sara. Sejak hari itu, Azi sering memikirkan apa yang dikatakan oleh Hazlina. Pada suatu hari, Azi menggagahkan diri untuk memberitahu Azrul dan Sara bagaimana dia rasa tentang hubungan mereka. Azi memberitahu mereka bahawa dia rasa Azrul lebih baik bermatahair dengan Sara kerana ada banyak persamaan. Azrul membalas Azi dengan kata-kata yang mendinginkan hati Azi. Azrul berkata bahawa terlalu banyak persamaan akan menjadi bosan. Azrul jatuh cinta dengan Azi kerana padanya Azi unik. Sara bersetuju dengan Azrul. Sejak hari itu, Azi dan Sara menjadi lebih rapat dan cinta Azi dan Azrul berkembang.

Isu: Seorang lelaki dan seorang perempuan yang sudah berkawan lama tidak semestinya akan jatuh cinta dengan satu sama lain. Pada pendapat saya, walaupun seorang lelaki dan perempuan sudah berkawan lama, kadang-kala boleh membosankan kerana kegemaran atau perangai mereka yang terlalu sama. Ini boleh menjemukan kita kerana ia tidak unik. Kadang-kadang, persahabatan yang terlalu lama tidak manis lagi seperti dahulu dan akan mudah menjemukan kita.

No comments:

Post a Comment