Friday 2 March 2012

CERPEN 1: Kemaafan (daripada buku: "25 Cerpen 'Best' Remaja") Penulis:Fizer Ismail

KEMAAFAN
Cerpen ini  menceritakan bahawa sesiapa boleh jatuh cinta tidak kira wajah kamu bagaimana. Ayat ini daripada cerpen in penuh bermakna," Kalau ya aku jatuh hati dengan mamat itu, belum tentu mamat tu jatuh jati dengan perempuan double XXXL macam aku..."
Watak utama di dalam cerpen in adalah Yasmin. Yasmin adalah seorang pelajar di sebuah universiti dan montel. Yasmin mengenali Firhad (mamat itu) pada pertama kali apabila Yasmin tertumpah air di portret Firhad lukis di Kafeteria. Mereka tidak sempat memperkenalkan diri mereka antara satu sama lain kerana Yasmin lari dairpada Firhad apabila ditegurnya. Sejak peristiwa itu, Yasmin terasa tidak tenteram kerana dia rasa bersalah tertumpah air di portret Firhad. Yasmin menerima nasihat daripada kawannya, Man. Man menasihati Yasmin untuk meminta maaf kepada Firhad. Yasmin pun menggagahkan dirinya dan pergi ke fakulti Firhad. Jantungnya berdegap-degup apabila bertemu dengan Firhad. Firhad asyik sibuk melukis sesuatu. Rupa-rupanya, Firhad sibuk melukis muka Yasmin (si comel pada Firhad). Mereka memperkenalkan diri mereka. Mereka juga mengenali satu sama lain dengan lebih. Di dalam hati Yasmin, dia rasa Firhad adalah seorang lelaki yang baik dan lembut. Sejak pertemuan itu mereka menjadi rapat. Bila bersendirian Yasmin menyedari bahawa dia menyayangi Firhad lebih daripada seorang kawan. Dia mula merasa sedikit cemburu apabila Firhad berbual dengan perempuan lain. Pada suata hari, Man memberi Yasmin sekeping surat daripada Firhad. Di dalam surat itu, Firhad menulis bahawa dia mengaku mencintai Yasmin. Akhirnya, mereka pun bernikah.
Saya dapat mempelajari daripada cerpen ini bahawa sepasang manusia tidak semestinya sama 'saiz' untuk jatuh cinta. Sayanglah dirimu dan kamu akan disayangi juga.


Isu:C
inta sejati tidak bergantung pada rupa seseorang. Ia tidak mengapa jika seseorang itu kurus, montel, tinggi atau kecil jika mereka mahu jatuh cinta.Apabila mencintai seseorang, kami harus ikhlas dan tidak mencintai mereka hanya mereka lawa atau kacak sahaja.Pada pendapat saya, kita tidak harus memilih jodoh kita dengan melihat rupa mereka sahaja, kita harus bercinta dengan ikhlas.



No comments:

Post a Comment