Saturday 13 August 2011

Pendapat orang lain tentang permainan tradisional melayu dan moden.

Manakah kamu akan memilih? Permainan tradisional Melayu atau moden? Mengapa?

Pendapat Kakak saya (20 tahun)
"Saya akan memilih permainan tradisional melayu kerana saya suka bermain congkak. Pada pendapat saya, congkak lebih murah daripada permainan moden seperti 'Monopoly". Satu 'board game' sudah berharga 60 dolar. Siapa mahu pergi layan? Seperti batu seremban. Koyak baju ibu dan sumbat dengan beras. Apa mahu kecoh?"


Lucunya jawapannya. :D

Pendapat Ibu saya
"Saya memilih permainan tradisional melayu kerana ia lebih mudah untuk bermain. Kita  juga boleh bersenam sambil bermain permainannya seperti bermain capteh. Untuk memainnya kita harus menggunakan kaki kita. Ini boleh membuat kita cergas. Bersenam baik untuk kita. Kita juga boleh bersenam sambil bermain layang-layang juga. Sekarang, tidak senang untuk mencari permainan tradisional melayu kerana kebudayaan melayu terpupus sedikit demi sedikit."


1 comment:

  1. Hahaha, pendapat kakak kamu sungguh lucu ;) saya setuju dengan ibu
    Permain moden lebih komplikasi untuk bermain. Kertas arahanya juga sangat
    panjang dan ia akan mengambil banyak masa untuk saya dapat fahami Permainan itu. :P

    ReplyDelete