Sunday 14 August 2011

Cara bermain congkak (tulisan)



1.   Untuk bermain congkak, Ia harus dimulakan secara serentak. Masukkan sebiji “buah” (guli) ke dalam setiap “kampung” sendiri dan seterusnya memasukkan ke dalam “rumah”.

2.   Seterusnya, “buah” hendaklah dimasukkan ke dalam “kampung” lawan. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.


3. Jika buah terakhir singgah di “kampung” lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.

4.   Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.

5.   Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.

6.   Di akhir permainan, buah hanya tinggal beberapa biji (guli) sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

1 comment:

  1. Woahh!Seronok nampaknye!
    Kalau ada permainan congkak kita main bersama-sama ya? :D
    Mahu mengucapkan selamat hari raya! Maaf zahir dan batin! :D

    -Ayesha

    ReplyDelete