Thursday 14 July 2011

Gambar/Situasi

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Gambar ini menunjukkab situasi di dalam stesen MRT. Terdapat beberapa orang yang berada di dalam kereta api itu. Di sebelah kiri gambar ini terdapat seorang wanita yang telah mengambil empat tempat duduk, semua untuk diri sendiri. Beliau telah meletakkan kart membeli-belahnya di hadapan dua tempat duduk , duduk di atas satu tempat duduk dan juga telah merehatkan tangannya di atas satu tempat duduk. Saya amat marah dengan perangainya yang tidak berperikemanusiaan itu. Beliau juga memprojeksi dirinya sebagai seorang yang sangat tamak. Dengan cara yang tidak sengaja, beliau juga telah menghancurkan imej Singapura. Beliau telah menunjukkan kepada penumpang-penumpang yang tidak orang Singapura bahawa, orang-orang Singapura masih mempunyai sifat 'Kiasu', iaitu, sifat 'takut kalah'. Wanita itu takut yang orang lain akan mengambil tempat duduknya. Saya percaya bahawa satu orang hanya boleh duduk di satu tempat duduk. Walaupun perbuatan wanita itu amat teruk, penumpang-penumpang yang lain ,nampaknya, tidak diganggu oleh perbuatannya. Mereka sepatutnya pergi ke wanita itu dan nasihatnya bahawa beliau harus memberi tempat duduknya kepada orang yang paling memerlukannya. Dengan itu, saya harap wanita itu dapat menyedari perbuatan dan perangainya dan akan mengubahkannya demi kebaikkannya.

    ReplyDelete
  3. Gambar ini menunjukkan suasana di dalam MRT. Ada banyak orang di dalam gerabak itu. Gambar ini juga menunjukkan seorang wanita yang sedang tidur di dalam MRT itu. Dia pula merehatkan tangannya di tempat duduk yang bersebelahan dengannya. Dia pula menyandar barang-barangnya di dua buah kerusi. Mungkin dia baru sahaja pulang dari pasar dan berasa letih. Tetapi dia tidak bertimbang rasa dengan orang yang mengambil MRT itu dengan tidak membenarkan orang lain duduk di tempat duduk yang diambilnya. Ini membuat saya agak marah kerana orang lain tidak boleh duduk dan harus berdiri kerana dia penat dan mahu berehat. Jika saya salah seorang daripada mereka yang harus berdiri, saya akan menolak sahaja barangnya itu dan duduk.
    Orang lain di dalam gerabak itu pun tidak mahu memberitahu wanita itu yang dia kurang sopan. Mereka hanya berdiri dan bertindak sebagai tiada apa yang berlaku dan tiada tempat duduk untuk mereka. Mereka sepatutnya memberitahu wanita itu untuk bersopan santun.

    ReplyDelete