Sunday 28 August 2011

LAYANG-LAYANG ATAU WAU DALAM VERSI UPIN DAN IPIN

Jika kamu tidak memahami bagaimana membuat wau dalam versi 1, jangan bimbang kerana sekarang UPIN & IPIN akan mengajar kamu. Tontonlah. IA AMAT MENARIK.
TERBANG TINGGI-TINGGI - UPIN & IPIN BAHAGIAN 1,2 & 3

Cara-cara membuat layang-layang atau wau versi 1

Untuk membuat layang-layang atau wau, ia akan mengambil masa yang lama. harus memilih buluh yang tepat kerana orang-orang dulu mengata bahawa ada pantang larangnya. Tetapi, itu tidak mengapa. ayuh kita mempelajari teknik membuat wau.
Ini adalah teknik untuk membuat sebuah layang

1) Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.  

2)Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna.
3)Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.


4)Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya.
5)Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah.
6)Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau.

Infomasi ringkas mengenai Layang-layang/ Wau

Layang-layang atau Wau adalah permainan menerbangkan layang-layang di udara. Perkataan 'layang-layang' didapati daripada negeri Malaysia. Perkataan 'Wau' pula didapati daripada Thailand. Ada juga pelbagai jenis wau. Misalnya, wau barat, wau bayan, wau bulan, wau burung, wau jala nudi, wau katak, wau kucing, wau lenggang kebayan, wau merak, wau sewah dan wau pari. Bentuk dan keberatan wau-wau ini berbeza.

Sunday 14 August 2011

Cara bermain congkak (tulisan)



1.   Untuk bermain congkak, Ia harus dimulakan secara serentak. Masukkan sebiji “buah” (guli) ke dalam setiap “kampung” sendiri dan seterusnya memasukkan ke dalam “rumah”.

2.   Seterusnya, “buah” hendaklah dimasukkan ke dalam “kampung” lawan. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.


3. Jika buah terakhir singgah di “kampung” lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.

4.   Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.

5.   Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.

6.   Di akhir permainan, buah hanya tinggal beberapa biji (guli) sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

Cara bermain congkak (Rakaman/Video)


Tontonlah rakaman ini mengenai cara bermain congkak. terimah kasih.Cara bermain congkak oleh http://www.youtube.com/user/aDDycLAn90

Saturday 13 August 2011

Imej Permainan Tradisional Melayu

Layang-layang
















Chapteh 


Pendapat orang lain tentang permainan tradisional melayu dan moden.

Manakah kamu akan memilih? Permainan tradisional Melayu atau moden? Mengapa?

Pendapat Kakak saya (20 tahun)
"Saya akan memilih permainan tradisional melayu kerana saya suka bermain congkak. Pada pendapat saya, congkak lebih murah daripada permainan moden seperti 'Monopoly". Satu 'board game' sudah berharga 60 dolar. Siapa mahu pergi layan? Seperti batu seremban. Koyak baju ibu dan sumbat dengan beras. Apa mahu kecoh?"


Lucunya jawapannya. :D

Pendapat Ibu saya
"Saya memilih permainan tradisional melayu kerana ia lebih mudah untuk bermain. Kita  juga boleh bersenam sambil bermain permainannya seperti bermain capteh. Untuk memainnya kita harus menggunakan kaki kita. Ini boleh membuat kita cergas. Bersenam baik untuk kita. Kita juga boleh bersenam sambil bermain layang-layang juga. Sekarang, tidak senang untuk mencari permainan tradisional melayu kerana kebudayaan melayu terpupus sedikit demi sedikit."


Tuesday 2 August 2011

Budaya Melayu

Permainan Tradisional Melayu

Hingga hari ini, tidak ramai remaja melayu kenal permainan-permainan tradisional melayu. Dengan teknologi yang semakin meningkat, kehidupan remaja semakin moden. Mereka melupakan dan tidak peduli tentang budaya melayu. Hari ini, ada banyak permainan-permainan moden. Misalnya, permainan yang digemari oleh ramai remaja ialah 'MONOPOLY' atau 'UNO'.
 
Pada pendapat saya, permainan-permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban amat menarik. Kamu harus mempunyai kemahiran atau boleh bermain untuk suka-suka. Saya diajar oleh saudara saya. Saya gemar bermain congkak. Tetapi, guli-gulinya menyebabkan sedikit bising dan boleh menggangu orang luar.





 <------ Batu seremban





                                                      <----------- Congkak

Bulan Ramadan

Bulan Ramadan adalah bulan yang suci. Umat-umat islam berumur tujuh tahun ke atas dan baligh akan puasa.

Niat Puasa
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Niat berbuka Puasa
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Di Singapura, kebanyakkan orang melayu beragama Islam.

Mengapakah orang islam puasa?
Pada bulan Ramadan, orang-orang yang beriman mendapat sibuk mencari rahmat Allah, keampunan dan perlindungan dari api neraka. Ini adalah bulan untuk memperbaharui komitmen kami dan mewujudkan semula hubungan kita dengan Pencipta kita. Ia adalah musim spring untuk kebaikan dan kemuliaan bunga soleh apabila seluruh masyarakat Islam. menawarkan setiap orang Islam peluang untuk mengukuhkan Iman, membersihkan hati dan jiwa, dan untuk menghapuskan kesan-kesan yang buruk dari dosa-dosa yang dilakukan olehnya. (terdapat daripada muis.gov.sg)

Kamu boleh melungsuri: muis.gov.sg